Institusi kerajaan pada hari ini memerlukan asas aplikasi, penyelesaian dan proses yang kukuh yang sentiasa boleh diakses, mudah ubah, selamat, dan fleksibel untuk disesuaikan dengan keperluan kerajaan yang kian dinamik.
Penawaran Perisian-sebagai-perkhidmatan (Software-as-a-Service - SaaS) Cloud α merangkumi perisian aplikasi, aplikasi produktiviti dan kolaborasi, penyelesaian penyelarasan dan perkongsian fail perusahaan, dan banyak lagi. Ini membolehkan institusi kerajaan menikmati penjimatan kos, menskala dengan pantas, dan memastikan mereka selangkah lebih hampir dengan transformasi digital.
TM ONE menawarkan rangkaian produk & perkhidmatan SaaS / XaaS dengan kerjasama berbagai rakan kongsi dan vendor perisian bebas (VPB).