Dalam dunia yang pantas dan serba kompetitif, infrastruktur IT perlu dihidupkan dalam masa beberapa minit, bukannya hari atau minggu.
Infrastruktur-sebagai-Perkhidmatan (Infrastructure-as-a-Service - IaaS) Cloud α menawarkan perkhidmatan infrastruktur IT terbaik dalam kelasnya untuk memenuhi keperluan institusi kerajaan. Ia menyediakan sumber pengkomputeran asas (pelayan fizikal atau maya) yang terdiri daripada komputasi, penyimpanan, infrastruktur rangkaian, firewall, dan ruang pusat data.
Nikmati infrastruktur berprestasi tinggi yang mudah ubah, boleh dipercayai, disampaikan dengan model "bayar berdasarkan penggunaan", dan dapat menampung berbagai beban kerja. Pelanggan Cloud α juga dapat mengakses sumber awan dengan penyambungan awan dan keselamatan siber TM ONE, agar anda boleh mengakses dan mengurus infrastruktur awan, beban kerja, dan sumber anda dari mana saja, dengan keselamatan maksimum, dan berdasarkan langganan.
Cloud Eye adalah perkhidmatan pemantauan sumber pelbagai dimensi. Anda boleh menggunakan Cloud Eye untuk memantau sumber, menetapkan peraturan penggera, mengatur penggunaan sumber serta meningkatkan prestasi sumber.
Cloud Trace Service (CTS) merekodkan operasi sumber awan dalam akaun anda. Rekod tersebut boleh digunakan untuk membuat analisis keselamatan, memantau perubahan sumber, melaksanakan pematuhan audit, dan mengesan masalah.
Pertahanan DDoS pada lapisan jaringan dan aplikasi dengan pemberitahuan penggera masa nyata.
Cloud α menawarkan pelbagai sumber untuk memenuhi semua keperluan aplikasi anda.
Menawarkan gabungan vCPU, memori, dan penyimpanan sementara yang dapat memenuhi keperluan kebanyakan beban kerja.
Contoh Kegunaan
Pelayan untuk ujian, pelayan untuk pembangunan, pelayan web untuk trafik rendah dan sederhana.
Dioptimumkan untuk beban kerja yang memerlukan komputasi tinggi. Sesuai untuk pelayan trafik web sederhana, peralatan rangkaian, proses berkumpulan, dan pelayan aplikasi.
Contoh Kegunaan
Aplikasi gred perniagaan, pengkalan data hubungan, pelayan web trafik tinggi, penganalisaan data raya, pelayan permaianan rangkaian.
Sesuai untuk beban kerja dengan memori yang berat. Direka untuk pelayan pangkalan data hubungan besar, cache sederhana hingga besar, dan analisis dalam memori.
Contoh Kegunaan
Pengkalan data LargeSQL dan No SQL, SAP, dan aplikasi gudang data.