Dalam dunia yang kian digital, kepercayaan adalah unsur yang membezakan setiap organisasi, yang memacu ketangkasan, kepastian, dan peluang. Kerana itulah, menurut IDC, kepercayaan digital adalah agenda utama dalam kalangan pemimpin organisasi untuk setengah dekad yang akan datang.
Kepercayaan digital sebenar memerlukan ketahanan dari ancaman siber dan penguasaan dalam lima (5) risiko utama - keselamatan siber, kepatuhan, privasi, etika dan tanggungjawab sosial.
Di TM ONE, keutamaan kami adalah melindungi infrastruktur kritikal anda untuk memacu masa depan digital Malaysia. TM ONE CYDEC adalah sebuah Managed Security Services Provider (MSSP) penuh yang menyediakan perlindungan untuk pelbagai perkhidmatan digital termasuk 5G, Perkhidmatan Awan, Informasi Maklumat (IT), Teknologi Operasi (OT), Internet Benda (IoT) dan lain-lain Infrastruktur Nasional dan Maklumat yang Kritikal (CNII) secara langsung.
Kesan, respon, dan lindungi perniagaan anda dengan TM ONE CYDEC. Bina kepercayaan dengan melindungi data, identiti dan peranti merentas rangkaian persendirian dan awam dengan penyelesaian keselamatan siber terurus dan menyeluruh TM ONE CYDEC.
Memberi perlindungan dari pelbagai ancaman keselamatan rangkaian; menawarkan perkhidmatan keselamatan dan rangkaian yang sama dan tersedia untuk awan awam dan awan persendirian. Dengan model operasi yang konsisten merentas persekitaran awan hibrid, awan pelbagai, dan penyedia perkhidmatan, ini dapat mengurangkan beban latihan untuk pasukan keselamatan.
Lihat LagiLindungi data anda dengan yakin dengan menghilangkan kerentanan aplikasi dan menghentikan pelanggaran data. Barracuda WAF melindungi aplikasi web, mudah alih dan API anda daripada disusupi, dan mencegah pelanggaran data - memastikan anda dapat mengekalkan reputasi dan keyakinan pelanggan.
Lihat LagiPengesanan dan Respon Titik Akhir adalah kategori penyelesaian keselamatan titik akhir yang mengesan dan menyiasat insiden keselamatan, mengekang kejadian di titik akhir, dan memulihkan titik akhir ke keadaan pra-insiden.
Lihat Lagi