Untuk memastikan objektif Transformasi Digital Sektor Awam tercapai, perkara penting yang perlu diambil kira adalah modal insan sektor awam yang berkebolehan.
Pegawai-pegawai ini merangkumi Pegawai Sektor Awam di setiap peringkat dan peranan, sekarang dan juga akan datang.
Akademi Cloud Connect diwujudkan apabila Cloud Connect dipilih sebagai salah satu syarikat Penyedia Perkhidmatan Terurus (MSP) untuk inisiatif MyDigital dan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.
Objektif:
Diterajui Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 19hb Februari 2021.
Teras strategik yang telah dikenal pasti adalah Transformasi Digital di Sektor Awam.
Memperkasakan perkhidmatan pengkomputeran awan sektor awam, menerusi strategi Cloud First yang telah menyasarkan migrasi 80% data awam ke sistem awan hybrid menjelang akhir 2020.
Pengumpulan dan pengurusan data secara lebih berkesan dan lancar; strategi ini dapat mengurangkan kos kerajaan dalam pengurusan teknologi maklumat jangka panjang.
Perkhidmatan awan juga akan membolehkan aplikasi Big Data, AI, IOT dan lain-lain digunakan untuk memantapkan perkhidmatan kerajaan.
Berdasarkan Komponen dan Rangka Kerja DGCCR yang merangkumi lapan Keupayaan Individu dan 17 Keupayaan Organisasi, Akademi Cloud Connect akan menawarkan kursus-kursus dan program-program latihan termasuk program untuk Digital Government Competency and Capabilities Readiness (DGCCR).
Akademi Cloud Connect juga akan bekerja sama dengan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dalam memastikan semua Penjawat Awam, sekarang dan akan datang berada di tahap kemahiran yang sepatutnya.
Akademi Cloud Connect beroperasi secara fizikal dan maya, menggunakan aplikasi sedia ada TeMS (Training & Events Management System) sebagai sistem pengurusan yang mengendalikan semua aspek latihan dan pembelajaran.
No. | Tahap | Penerangan |
---|---|---|
1 | Penghargaan (Appreciation) * Boleh juga dianjurkan sebagai Bengkel atau Seminar |
|
2 | Pengenalan (Introduction) |
|
3 | Pertengahan (Intermediate) |
|
4 | Lanjutan (Advance) |
|
5 | Pensijilan (Certification) |
|