Universal Autonomous Monitoring (UAM) adalah alatan pemantauan pelayan membantu pentadbir mengenal pasti dan menyelesaikan masalah hosting dan prestasi aplikasi dengan mengesan dan memantau prestasi pelayan. Pemantauan pelayan memberikan maklumbalas yang tidak dapat ditandingi mengenai prestasi pelbagai pelayan dalam infrastruktur IT anda.
Kelebihan utama UAM adalah bukan sahaja untuk memantau cloud environment terapi juga pelayan 'mainframe' di premis organisasi.
Ciri-ciri utama:
- Pantau metrik pelayan utama dalam masa nyata - Pantau metrik prestasi pelayan seperti penggunaan memori, cakera I/O, antara muka dan penyesuai rangkaian, kesihatan perkakasan, tugas berjadual, ralat syslog, event logs, dll.
- Jenis-jenis log yang di pantau:
- Log Akses
- Senarai semua permintaan untuk fail individu yang diminta orang dari laman web.
- Log Sistem
- Fail log sistem mengandungi peristiwa yang dicatat oleh komponen sistem operasi - CPU, Memory, Storage, Network.
- Log Aplikasi
- Peristiwa yang dicatat oleh aplikasi perisian.
- Pengurusan Ralat - Pemantauan Pelayan membolehkan anda menetapkan had ambang parameter penting untuk mengekalkan masa operasi pelayan dan mendapatkan pemberitahuan segera sekiranya had ambang dilanggar. Di samping itu, anda boleh mengotomatisasikan tindakan pembaikan seperti memulakan atau menghentikan pelayan atau meneliti punca masalah untuk memahami dan menyelesaikannya secara menyeluruh.
- Analisis pintar untuk atribut prestasi pelayan - untuk mengukur, mengesan dan meramalkan penggunaan sumber pelayan anda dan trend prestasinya.